This is a Bangsar.net.my Article
See Full Article Listing

Butik Zang Toi di Bangsar Shopping Complex
Monday, March 28, 2005Posted by: Site Administrator

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal Malaysia, Zang Toi, membuka butik di pusat beli-belah Bangsar di sini, baru-baru ini, yang menawarkan pelbagai fesyen terkini yang menarik.
 
Butik Zang Toi yang terletak di tingkat satu Sayap Barat, membawa konsep pelbagai dalam fesyen ciptaannya merangkumi pakaian sedia dipakai, kasual dan aksesori dengan label namanya.

Selepas menempa nama di New York, Zang Toi menjadikan faktor kejayaan serta pertambahan bilangan pelanggannya sebagai sebab utama beliau memilih Bangsar menjadi lokasi butiknya di Malaysia.

"Kedatangan Zang Toi ke BSC adalah selaras dengan usaha kami untuk menjadikan BSC pusat fesyen berjenama. Rekaannya yang universal akan menambah pilihan yang dapat kami tawarkan kepada pengunjung dan pelanggan kami," kata pihak pengurusan BSC dalam satu kenyataan.

Selain butik Zang Toi, beberapa kedai baru dibuka antaranya Creeze Nail Bar yang menawarkan perkhidmatan penjagaan dan rawatan kuku, Megabuy yang menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan Aveda Esthetique yang menjual pelbagai rangkaian produk penjagaan rambut, kulit, badan dan mekap di samping kemudahan spa lengkap.
 
 




There are currently no user comments on this article.

Comment on this article:

MemberID  Not a member yet? Register Here!
Password  Forgot your Password? Retrieve Here

Enter Your Comment below:



2024 Bangsar.net.my All Rights Reserved | Maintained by XGENTECH.COM